Kenapa Bayi Tidak Boleh Diberi Makan Sebelum 6 Bulan?

Saya teringat ketika tempoh 6 bulan pertama selepas melahirkan Izz Zara. Saya juga ada disuruh untuk memberi Zara makanan pejal alasannya Zara kecil. Dah bapaknya pun cute, logik la kalau babynya cute kan? hehe..tapi waktu tu saya berkeras sebab saya tahu risiko yang mereka tak tahu..tadi masa tengah baca status FB terjumpa info ni..haruslahkan untuk share apa risiko yang saya maksudkan tadi.

Kenapa Bayi Tidak Boleh Diberi Makan Sebelum 6 Bulan??

Jom baca dan sebarkan. Kebiasaan bagi orang-orang yang lebih tua melazimkan bayi sekecil sebulan umurnya agar diberi makanan berupa pisang lecek atau bijirin bayi. Walaupun sudah tertera pada label bijirin tersebut ‘hanya untuk 6 bulan ke atas sahaja’ tapi masih ramai yang mengamalkan pemberian bijirin lebih awal. Malah, ada yang mencampurkan bijirin tersebut di dalam botol susu agar mudah untuk diberikan kepada bayi.

WHO mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan (tahun 2001), begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan. Namun, masih ramai yang tidak mengikuti polisi dan recommendation di atas kerana beberapa sebab:
  • Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip2. 
  • Anggapan bahawa bayi lapar. 
  • Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal. Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan. 
Sayangnya anggapan di atas salah sama sekali. Jadi, kenapa bayi tidak boleh diberi makan sebelum 6 bulan? 
  1. Sistem penghadaman yang belum matang Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama. Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza). Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya? 
  2. Masalah kesihatan jangka masa panjang Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya? Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal. Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya?
  3. Masalah dalam penyusuan bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak. 
Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi lak-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja. Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun.

Sayangilah masa depan anak-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya.

Sumber Dr Giena Hadi

Kalau anda tak percaya, ini kisah bayi malang yang terpaksa ditebuk usus kerana diberi makanan pejal sebelum usia 6 bulan. Bayangkan jika ini berlaku kepada bayi anda, adakah anda sanggup mengambil risiko dan menghadapinya? Cerita lanjut baca di sini.


Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

2 comments:

  1. perkongsian informasi yang bermanfaat.. pengetahuan baru pada hari ini.. ada benarnya berkaitan sistem penghadaman yang belum bersedia menerima makanan pepejal..

    ReplyDelete
  2. Pernah baca kat facebook..satu kes bayi meninggal sebab diberi makan pejal melampaui had yang organ penghadaman bayi tu mampu proses. Better kita follow sains dari follow anggapan..kan?

    ReplyDelete

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors