Jenis-Jenis Jerawat

Jerawat merupakan masalah kulit yang dihadapi lebih 80% rakyat Malaysia. Boleh dikatakan hampir semua pernah mengalami masalah jerawat. Kan? Saya dan suami antara sebahagian statistik tersebut. Banyak punca jerawat seperti yang dijelaskan dalam entri Punca-Punca Jerawat

1. Acne Vulgaris (Jerawat Biasa)

Whiteheads - belum dijangkiti kuman tetapi terjadi kerana liang kulit tersumbat dengan sebum dan kulit mati dan menyebabkan liang atas tertutup dan perlu dirawat secara agresif.

Blackheads - belum dijangkiti kuman tetapi berbeza dengan whitehead di manabahagian atas blackhead terbuka dan kehitaman disebabkan oleh pengoksidaanudara. Tidak boleh dihilangkan menggunakan skrub muka kerana akan merosakkan lagi kulit muka.
 

Papules - radang yang berlaku dalam liang dan kawasan sekeliling akibat jangkitan awal kuman.

Pustules - radang yang berlaku akibat jangkitan kuman berterusan serta mengeluarkan nanah akibat dari jangkitan kuman tersebut.

2. Acne Vulgaris (Jerawat Serius)

Nodul
Nodul - bonjolan jerawat yang lebih besar dari jerawat biasa dan biasanya sakit jika dipegang dan tidak hilang dalam masa yang singkat. Kebiasaannya akan menyebabkan parut di muka atau berulang membentuk jerawat nodul atau pun jerawat batu.
cyst
Sista (cyst) - timbul akibat percantuman nodul-nodul yang berdekatan lalu menjadikan satu cyst yang besar. Ia tidak boleh dipicit sama sekali dan memerlukan rawatan lanjut dari doktor untuk mendapatkan suntikan steroid bagi mengelakkannya meninggalkan kesan parut.

3. Acne Rosacea (Jerawat Kronik)
Rosacea
Rosacea sering dianggap sebagai salah satu jenis jerawat tapi sebenarnya tidak dan cara merawatnya juga tidak sama seperti merawat jerawat. Ia tidak mempunyai blackhead dan hanya merupakan benjolan merah yang bernanah. Kebarangkalian untuk menghidapi penyakit ini adalah wanita-wanita yang berusia 25 tahun keatas sahaja.

4. Pyodermafaciale folliculitis
Sejenis penyakit kulit yang sering disalah anggap sebagai sejenis jerawat namun ianya hanyalah penyakit kulit yang berlaku akibat jangkitan bakteria pada kulit muka. Rawatannya juga tidak sama dengan rawatan bagi masalah jerawat.

Rawatan jerawat perlu dilakukan secara menyeluruh. Maka kami mengsyorkan set rawatan dalaman, luaran, dan kesihatan optimum disamping amalan gaya hidup sihat bagi menangani masalah jerawat anda. Berikut adalah cadangan berdasarkan kajian kami mengenai masalah jerawat.

Rawatan Dalaman
Mengatasi Masalah Bakteria Dan Menguatkan Imuniti
Rawatan Luaran Dan Dalaman
Jika anda tertanya-tanya berkesan ke rawatan jerawat dengan set kecantikan wajah Shaklee, anda mungkin berminat membaca testimoni seperti Testimoni Set Kecantikan Shaklee Atasi Jerawat Yang Berpunca Dari Masalah Hormon dan Testimoni Vita-E - Jerawat Hilang Terus Dari Dahi (Perempuan Dahi Licin) untuk mengatasi masalah jerawat. Jika berminat mengatasi masalah jerawat dengan produk Shaklee boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi.

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors