Kencing Berbuih Tanda Awal Masalah Buah Pinggang

Pernah tak anda perhatikan variasi urin anda? Sebab hubby cakap urin dia berbuih..jadi kami mulakan pencarian jawapan terhadap gejala tersebut dan ia ada kaitan dengan buah pinggang. Kami 28tahun dan bagi kebanyakan orang bandar, umur ini adalah permulaan kepada pelbagai penyakit yang kita kumpul sejak lahir lantaran pengabaian kesihatan. Syukur sejak kenal Shaklee kami lebih prihatin terhadap tahap kesihatan kami. Sesuatu untuk dikongsi hari ini dari blog anizyn.blogspot.

KAJIAN di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 10 peratus daripada golongan dewasa mempunyai masalah kerosakan buah pinggang dan mereka juga tidak tahu mengenainya.

Ujian saringan mudah di mana-mana klinik atau hospital dapat menunjukkan jika anda salah seorang daripada mereka.

Thangachiammah M. Muthoo 51, tidak tahu bahawa dia mengalami diabetes dan gejala tersebut perlahan-lahan merosakkan buah pinggangnya. Dia menerima rawatan dialisis di Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) sejak enam tahun lalu.

Aris Said, 53, pula merupakan pesakit dialisis di NKF sejak beberapa tahun lalu dan sebelum ini tidak tahu bahawa dia mempunyai tekanan darah tinggi dan diabetes. Dia juga tidak menyedarinya kerana dia berasa sihat, sehinggalah suatu hari kedua-dua belah buah pinggangnya berhenti berfungsi.

Shamsuddin Mohd Nor, 30, tidak pernah menyangka bahawa dia akan mendapat penyakit kronik ini. Dia sering mengalami sakit belakang yang berterusan. Ia merupakan penyakit buah pinggang kronik yang tidak diketahui puncanya. Dia terpaksa menerima rawatan dialisis sepanjang hayatnya.

Anda mungkin pernah mendengar cerita tentang individu-individu mengalami kegagalan buah pinggang secara tiba-tiba. Kenyataannya, buah pinggang mereka telah lama mengalami kerosakan tanpa disedari. Mereka mengalami kerosakan buah pinggang yang kronik, tiada tanda-tanda atau secara senyap, dan kadang-kala berkekalan selama bertahun-tahun lamanya. 


Bagaimanapun, apabila tiba masanya, gejala-gejala tersebut akan timbul tetapi pada masa itu, keadaan telah menjadi serius dan kerosakan yang terjadi tidak dapat dipulihkan lagi. Kebanyakan penapis kecil yang dipanggil nefron di dalam buah pinggang sudah rosak dan hanya tinggal beberapa nefron yang terpaksa bekerja keras untuk menapis darah. Tanpa rawatan, semua nefron akan musnah dan kerosakan buah pinggang kekal terjadi.
 
Tanda-tanda kerosakan buah pinggang:

* Kerap membuang air kencing terutamanya pada waktu malam, lama-kelamaan
semakin berkurangan dan jumlah air kencing juga akan berkurangan

* Retensi (penakungan) air kencing menyebabkan kaki, buku lali serta
mata bengkak

* Sering gatal di bahagian badan tanpa sebab yang nyata

* Air kencing yang berbuih kerana kehadiran protein


* Cepat letih dan mengantuk

* Kerap sakit kepala

* Mengalami masalah tidur

* Kurang selera makan dan penurunan berat badan

* Terasa seperti hendak muntah, loya

* Darah di dalam air kencing
 
Sebab-sebab kerosakan buah pinggang kronik (CKD)

Perunding Nefrologi dan Setiausaha Kehormat Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Thiruventhiran Thilaganathan menyatakan buah pinggang adalah satu struktur yang agak rapuh dan perlu dilindungi daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan CKD.

“Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.

“Tiga punca utama kerosakan buah pinggang di Malaysia adalah diabetes yang tidak terkawal (57 peratus daripadanya merupakan kes kerosakan buah pinggang kronik), sebab yang tidak diketahui (27 peratus) dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal (enam peratus),” katanya.

Diabetes adalah penyakit di mana konsentrasi gula di dalam darah adalah tinggi. Lama-kelamaan paras gula yang tinggi akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.

Tekanan darah tinggi (hipertensi) pula adalah situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang. Ini adalah berita buruk terutamanya kepada pesakit diabetes kerana 60 peratus daripada mereka akan mempunyai tekanan darah tinggi.

Masa untuk melakukan ujian!

Perunding Nefrologi dan ahli Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Goh Bak Leong berkata, kira-kira 14 peratus golongan dewasa di Malaysia menghidap diabetes.

“Bilangan kes tekanan darah tinggi bagi orang dewasa yang berumur 30 tahun ke atas pula mencecah 42.6 peratus,” ujar beliau.

Menurutnya lagi, disebabkan kedua-dua diabetes dan hipertensi mungkin berlaku tanpa simptom, ramai rakyat Malaysia tidak tahu bahawa paras gula dalam darah mereka atau tekanan darah mereka tidak normal.

Tambahnya, mereka juga tidak tahu bahawa mereka mengalami kerosakan buah pinggang kronik atau pada tahap yang serius.

Timbalan Pengerusi Kedua dalam Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Tan Chwee Choon pula menyatakan kegagalan buah pinggang perlu dikesan pada peringkat awal.

“Lebih awal anda mengetahui masalahnya, lebih cepat ia dapat dirawat bagi mengelakkan ia menjadi lebih teruk.

“Anda perlu berusaha menjaga buah pinggang anda dan mencegah dari terjadi kerosakan buah pinggang kronik,” jelasnya.

Pemeriksaan kesihatan Bergerak NKF Lifecheck telah memeriksa lebih 4,000 orang di Lembah Klang sejak ia mula dilancarkan pada Januari 2008.

Pengerusi Lembaga Pengurusan NKF, Dr S. S. Gill berkata NKF Lifecheck adalah sebahagian daripada program pendidikan komuniti dikenali sebagai ‘Kidney Care’.

“Bas bergerak NKF Lifecheck akan melawat syarikat-syarikat dan komuniti setiap hari bagi menawarkan ujian untuk mengesan protein di dalam urin (salah satu daripada tanda awal kerosakan buah pinggang kronik), paras gula yang tinggi dalam darah, tekanan darah tinggi, kolestrol darah yang tinggi dan ujian juga dilakukan dengan mengukur status berat badan.

“Peserta yang mengambil bahagian juga diberikan kaunseling oleh kakitangan yang berkelayakan sementara individu yang disyaki mempunyai kerosakan buah pinggang, diabetes atau tekanan darah tinggi akan dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui diagnosis dengan lebih tepat,” ujarnya.

Menurut beliau, ujian dan kaunseling dicaj sebanyak RM2 bagi setiap individu.

Perkhidmatan yang boleh dianggap percuma ini adalah hasil usahasama Sunway Group dan syarikat-syarikat yang mengambil berat mengenai kesihatan komuniti. Kerosakan buah pinggang kronik adalah penyakit serius. Hari buah pinggang sedunia pula baru sahaja berlalu dengan slogan “Adakah buah pinggang anda sihat?” Jika anda tidak tahu jawapannya, tanyalah kepada doktor anda hari ini.

Artikel ini ihsan NKF KIDNEY CARE, iaitu program pendidikan komuniti oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) yang turut menawarkan subsidi rawatan dialisis dan ubat-ubatan percuma, ujian makmal, rawatan susulan dan memberi kebajikan kepada pesakit buah pinggang. NKF juga mengalu-alukan derma dari orang awam untuk memberi sokongan kepada pesakit buah pinggang. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nkf.org.my atau hubungi NKF Hotline 1300-88-3110.

Bacaan normal untuk buah pinggang yang sihat

* Gula dalam darah kurang dari 5.6 mmol/L (tidak berpuasa)

* Tekanan darah kurang dari 130/90 mmHg

* Ujian urin tiada protein, tiada gula, tiada darah

* Ukuran pinggang kurang dari 102 cm (lelaki), kurang dari 88 cm (wanita)

* Indeks berat badan Antara 18.5 -24.9 kg/m2

Produk Shaklee yang terbukti beri kesan positif untuk masalah buah pinggang adalah Omega Guard dan Vivix. Kedua ni mempunyai sifat anti-radang di mana ia memberi kesan segera kepada masalah kencing berbuih. Macam mana saya tahu? sebab suami saya pun ada masalah kencing berbuih dan kami menulis entri ni disebabkan masalah suami saya. So benda baik mesti la kena kongsi kan ;) Sejak tu semakin ramai guna Vivix dan Omega untuk masalah buah pinggang selepas keberkesanannya mula tersebar.

Antara kesan awal penggunaan Vivix adalah pesakit mudah menerimanya berbanding ubatan biasa yang membuatkan tubuh pesakit menolak ubatan biasa. Ayah saya juga mempunyai masalah buah pinggang dan saya memberikannya Vivix. Biasanya ayah akan darah gemuruh bila makan ubat biasa tetapi badannya lebih sihat sejak amalkan Vivix. Kalau tak percaya boleh semak Testimoni Pesakit Buah Pinggang ni.

Apa yang pesakit buah pinggang perlu tahu adalah banyak ubat dan rawatan tradisional berbahaya untuk buah pinggang. Tapi Shaklee selamat untuk buah pinggang sebab disokong testimoni yang ada bukti laporan perubatan. Rasa macam rugi pula saya tak berkongsi dan anda mencuba. Malah ada pesakit yang ketulan di buah pinggangnya mengecut selepas menggunakan vivix. Namun perlu diingat ini bukan ubat ye dan ia bertindak secara semulajadi dan perlahan lahan-lahan. Kalau bertindak cepat tu namanya steroid ;)

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

5 comments:

  1. Suami Saya dh bengkak kaki sikit.Dan Kencing nyer berbuih mcm gambor diatas.Masih bolh Mkn omega Dan vivik ker.Klu g hospital.conform doktor akan sruh buat dylisis.Saya cuba utk mengelakan...utk dylisis.

    ReplyDelete
  2. Sakit buah pinggang ni, walaupun tak 'nampak' pada mata kasar, tapi tetap merbahaya. Makan minum semua kena kawal.
    pantang larang pesakit buah pinggang

    ReplyDelete
  3. Salam sy nie sspek batu karang, sbb kencing bedarah,, tp batu nye x jumpe,, takot tersorok kt buah pinggang, boley ke sy gune vivix..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vivix tidak mempunyai manfaat mengeluarkan atau disolve batu karang. Untuk masalah batu karang, Vivix cuma dapat membantu memulihkan luka dalaman dengan segera dan mengurangkan keradangan akibat batu karang. Sila dapatkan rawatan hospital

      Delete
  4. Memang pun tanda awal kencing buih adalah masalah buah pinggang kan.
    Permulaan untuk penapis buah pinggang bocor dan mungkin akan melarat ke organ yang lain.
    Kena ambil tindakan cepat..

    ReplyDelete

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors