Tips & Teknik Lekapan Menyusu Badan Yang Betul

Kali ini saya nak berkongsi kepada bakal-bakal ibu tentang teknik lekapan / penyusuan bayi yang betul..:). Jika cara lekapan anda tidak sempurna, ni antara kemungkinan yang akan berlaku :-
Teknik Lekapan
1. Ibu merasa susu berkurang
2. Payudara melecet atau luka
3. Payudara sakit
4. Bengkak susu walaupun bayi kerap menyusu
5. Bayi menangis dan masih belum merasa kenyang
6. Bayi tidur kurang dari sejam
7. Bayi meragam ketika menyusu atau selepas menyusu

Jika anda pernah mengalami situasi seperti di atas, kaji semula cara penyusuan bayi anda.

Posisi lekapan ataupun latch on adalah salah satu perkara yang sangat penting untuk diketahui oleh setiap ibu yang menyusukan bayi terutama sekali bagi yang baru pertama kalinya bergelar ibu dan semasa diawal minggu kelahiran. Antara sebab-sebab mengapa teknik lekapan ini sangat penting ialah :-

1. Supaya bayi mendapat susu foremilk dan hindmilk, susu awal dan akhir

  • Untuk mendapatkan susu, bayi perlu melekap dengan betul dan sempurna pada payudara ibu. Jika tidak, bayi tidak akan mendapat susu dan ibu juga akan berasa sakit ketika proses penyusuan sedang berlaku. Sekiranya itu berlaku, bermakna ibu ada masalah latch on dan ibu digalakkan belajar daripada jururawat atau doktor yang pro-breastfeeding ataupun berjumpa dengan mana-mana kaunselor laktasi.
2. Untuk mengelakkan ibu daripada mengalami payudara melecet atau luka, payudara sakit dan bengkak susu kerana susu tidak dikeluarkan dengan betul
  • Apabila ibu berasa sakit semasa menyusukan bayi, itu bermakna cara pelekapan ibu tidak betul. Ini kerana bayi anda hanya menghisap puting dan tidak areolanya. Kebanyakan ibu membuat kesilapan dengan hanya memberikan bayinya puting sahaja. Ini boleh membuatkan payudara ibu luka, melecet atau berdarah. Selain itu, ibu juga boleh mengalami bengkak susu kerana susu tidak dikeluarkan dengan betul. Ini terjadi jika kedudukan bayi anda tidak betul dan bayi jarang diberi susu ibu, payudara ibu akan jadi padat dengan susu. Payudara ibu akan mula terasa bengkak, keras, berat dan sakit. Ini mungkin berlaku terutamanya pada minggu pertama selepas bersalin.
3. Membantu meransang pengeluaran susu ibu dengan lancar

  • Sekiranya bayi melekap dengan betul, bayi akan mendapat susu dengan sempurna dan ibu juga tidak akan mengalami kesakitan. Payudara ibu juga dapat dikosongkan dan dan boleh merangsang kepada penghasilan susu yang lebih banyak. Pastikan juga bayi menghisap lama di sesuatu belah buah dada untuk merangsangkan pengeluaran susu sebelum menukarkannya k esebelah lagi. Ibu juga harus menyusukan bayi kedua-dua belah buah dada. 
4. Untuk mengelakkan ibu dan bayi berasa letih dan frust serta ibu akan mendapat rehat cukup
  • Apabila ibu mengetahui cara pelekapan yang betul, si comel anda pasti berasa kenyang. bayi yang kenyang dan mendapat susu ibu yang cukup tidak mudah meragam dan membantu bayi anda berasa lebih tenang dan gembira. Ibu juga akan mendapat rehat yang cukup bila si comel anda tidak meragam. Paling penting sekali, emosi ibu dapat dirasai oleh bayi. Rasa tenang, gembira dan yakin mampu melancarkan penghasilan susu yang lebih 'lumayan'.

Teknik Lekapan Ibu Dan Bayi Yang Betul


Berikut adalah tips-tips dan teknik mengajar bayi yang baru lahir untuk memulakan penyusuan susu ibu dengan betul :-

1. Pastikan ibu dan bayi berada dalam kedudukan dan posisi yang selesa. Kemudian letakkan bantal di belakang ibu sekiranya perlu. Ibu juga boleh meletakkan batal di atas peha supaya kedudukan bayi berada di tahap yang sama dengan payudara ibu.

2. Pastikan bayi anda dalam keadaan yang aktif dan tidak mengantuk. Sekiranya bayi anda meragam ataupun menangis, tenangkan bayi terlebih dahulu.

3. Bayi dapat melekap dengan selesa seandainya badan bayi berada di posisi yang betul. Pastikan anda menyokong keseluruhan badan (belakang) bayi. Mengiringkan badan bayi anda menghadap ibu dan muka bayi menghadap payudara ibu.

4. Mulakan pelekapan :-

i-  Bawa bayi anda kepada payudara anda tetapi bukan payudara kepada bayi. Jangan bongkokkan badan anda dan anda seharusnya berada dalam keadaan yang tenang dan relax.

ii-  Sentuh mulut bayi dengan puting atau jari agar bayi mula membuka mulut. Tunggu sehingga bayi membuka mulut seluas mungkin.

iii- Masukkan puting dan gerakkan badan bayi rapat ke arah payudara.

iv- Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar aerola payudara. Aerola adalah kawansan gelap di sekeliling puting ibu. Sekiranya breast kecil selalunya aerola pun kecil, jadi mungkin keseluruhan aerola akan masuk ke dalam mulut bayi.


v- Pastikan bayi lekap / latching payudara anda dengan betul dan ampu payudara anda dengan menggunakan tangan anda.

vi- Pelekapan yang betul akan menyebabkan bibir bayi anda menjadi seperti 'mulut ikan'. Di payudara anda, bibir atas dan bawah akan 'melentik keluar'. Puting anda juga sepatutnya menyentuh lelangit lembut dan bukannya lelangit keras bayi.

vii- Sekiranya pelekapan tidak betul dan sempurna, lepaskan semula bayi daripada payudara dengan memasukkan jari kelingking ke dalam mulut bayi. Ulang semula proses lekapan sehingga bayi lekap dengan cara yang betul. Pelekapan yang tidak betul akan menyebabkan puting anda melecet selepas 1-2 kali penyusuan.




viii- Pelekapan yang sempurna akan menjadikan dagu bayi akan menyentuh payudara ibu. Pipi bayi akan bulat dan anda boleh melihat bayi anda menggerakkan keseluruhan rahangnya. Anda akan rasa bayi menghisap payudara anda dan mendengar sedikit bunyi bayi anda menyusu. Hidung bayi anda juga mungkin akan tertutup sedikit dengan payudara anda. Jangan risau, pastikan ada sedikit ruang untuk bayi anda bernafas (sebelah lubang hidung pun sudah memadai). Seandainya bayi anda kelihatan agak struggle, kemaskan posisi kedudukan bayi anda.






Seandainya anda ibu baru atau mommy to be, dan mengalami kesukaran untuk mendapatkan pelekapan yang betul, jangan stress atau bersedih. Bertenang dan tarik nafas dalam-dalam. Bukan anda seorang sahaja yang mengalami 'kesusahan' ini. Masih ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang mengalami masalah yang sama. Bagi saya breastfeeding ini memerlukan skills dan untuk mendapatkan skills itu kita boleh belajar dan mencuba. Practices Make Perfect..!!! Kuncinya adalah cuba... cuba... dan terus mencuba...:) InsyaAllah... Kita akan berjaya. Seandainya perlu, berjumpalah dengan mana-mana kaunselor laktasi dan pakar laktasi yang berdekatan dengan anda.. +


Selain itu, demi memastikan penyusuan dapat dijayakan dengan sempurna..ibu perlukan memastikan tubuh ibu sihat, bertenaga, tidak stress. Pengambilan suplemen tambahan/vitamin sepatutnya dijadikan up front bukan last resort....

Antara suplemen/vitamin yang dicadangkan utk wanita yang sedang menyusu bayi adalah Alfalfa, B-Complex, Vitalea, Zinc Complex, ESP, SR Vita-C. Set ini lengkap bukan sahaja untuk manfaat penyusuan, malahan manfaat ketika berpantang supaya cepat pulih dan kembali cergas mengalahkan anak dara. 

Wanita dulu-dulu jaga makan yang elok-elok banyakkan ulam, kerja tak berat-berat dan long hour macam wanita moden seperti kita. So bila kita push badan kita lebih dari limit..dengan hamilnya, kerja pejabatnya pergi pagi balik petang. Adalah bijak jika beri tubuh zat yang lebih dari sekadar ambil makanan tak seimbang yang kita makan hari-hari..yakin ke boleh dapat 1200mg kalsium setiap hari dari makanan? yakin ke boleh dapat 120mg vitamin C setiap hari dari makanan? 

So logik kan jika ibu-ibu sekarang perlu ambil supplement untuk bantu tubuh sihat lebih lama..badan nak pakai lama tak? hehe..Shaklee tentunya supplement terbaik :-) Tak percaya? cer baca testimoni set penyusuan dan testimoni set berpantang Shaklee.

Set Berpantang Shaklee
Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors